Friday, 7 December 2018

MALAYSIA NEGERI SEMBILAN HUTAN SIMPAN ( BAHASA MELAYU)


MALAYSIA NEGERI SEMBILAN HUTAN LIPUR JERAM TOI

Hutan Lipur Jeram Toi terletak di Hutan Simpan Berembun yang meliputi jenis  Hutan Dipterokarp Bukit. Hutan jenis ini begitu kaya dengan pelbagai flora dan fauna.Sungai Toi yang mengalir melalui bongkah-bongkahan batu besar membentuk beberapa jeram dan kolam yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda .Beberapa kemudahan asas seperti surau dan pondok rehat disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Suasana berkabus di sebelah pagi dan senja merupakan sati ciri istimewa di hutan lipur ini.Air terjun yang bertingkat tingkat turut mewujudkan suasana tiupan bayuyang dingin.Laluan merentas denai hutan menuju ke Gunung Telappak Buruk cukup mencabar bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak.

Lokasi: terletak 12km dari Pekan Kuala Klawang  melalui jalanraya Kuala Klawang ke Seremban atau 28 km dari Bandar Seremban.

Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung  boleh menggunakan kenderaan sendri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Kuala Klawang.


HUTAN LIPUR PASIR PANJANG

Hutan Lipur Pasir Panjang terletak di Hutan Simpan Pasir Panjang dan adalah satu-satunya hutan lipur di Negeri Sembilan yang berada di persisiran pantai menghadap kea rah Selat Melaka. Hutan Lipur ini didominasi oleh Hutan Bukit Pantai  yang ditumbuhi dengan komposisi spesies utama dari jenis Balau laut (Shorea glauca) dan meranti seraya (shorea curtisii) turut menjadikan hutan lipurini sungguh unik dan menarik.

Beberapa kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai hutan. Bagi yang minat memancing , jeti disediakan untuk aktiviti ini.

Lokasi :
Terletak 16km dari Pekan Port Dickson melalui jalan raya dari Port Dickson ke Pasir Panjang atau 54km dari Bandar Seremban.

Bagaimana hendak ke sana :
Untuk sampai ke Hutan Lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari pekan Port Dickson.


HUTAN LIPUR LATA KIJANG

Hutan Lipur Lata Kijang terletak dalam Hutan Simpan Kenabooi.Hutan ini terdiri hutan jenis Dipterokarp Bukit pada ketinggiaan 500 meter. Keunikani  hutan lipur ini terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kenaboi yang menerjah turun melalui tebing-tebing  yang bernatu licin setinggi 80 meter .Terdapat juga beebrapa buah gua disekeliling gunung ini seperti Gua Semong dan Hua Harimau , Hutan Lipur ini kaya dengan pebagai tumbuhan seperti orkid –orkid liar, tumbuhan herba ,paku-pakis dan palma.

Selain hari itu terdapat denai-denai dan laluan –laluan curam di sekeliling air terjun yang sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Di sepanjang perjalanan , pengunjung boleh meninjau perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan tradisi dan budaya hidup mereka. 

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di hutan in seperti berkelah, berkhemah ,mandi –manda dan bersiar –siar.Melalui Huntan Lipur Lata Kijang ini, terdapat satu denai hutan untuk mendaki puncak Gunung Besar Hantu yang ketinggiannya 1462 meetr iaitu gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan.

Lokasi: terletak 63km dari Kuala Kelawang melalui jalanraya Kuala Klawang- Seremban atau 100 km dari Bandar Seremban

Bagaimana hendak ke sana ?
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Klawang.


HUTAN LIPUR DE BANA

Hutan Lipur De Bana terletak di Hutan Simpan Pasoh yang mempunyai hutan jenis Dipterokarp Pamah.Hutan lipur ini diberi nama Hutan Lipur De Bana bersempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur ini. Keistimewaan hutan lipur ini ialah terdapatnya pelbagai tumbuhan termasuk orkid liar , pokok-pokok herba seperti Tongkat Ali dan kacip Fatimah.Pelbagai aktiviti boleh dijalanan di sini seperti berkelah, memanjat bukit, merentas denai, berkhemah serta bersiar siar.

Lokasi:
Terletak 18 km dari Bandar Baru Serting melalui jalanrya Bahau atau 96km dari Bandar Seremban.

Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Serting.


HUTAN LIPUR LENGGENG

Hutan Lipur Lenggeng terletak di Hutan Simpan Setul yang merupakan jenis Dipterokarp Pamah. Keunikan  hutan lipur ini adalah terdapatnya susunan batu batan yang menarik di persekitarannya dandi sulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari pelbagai jenis.
Kawasan ini sesuai untuk beristirehat , berkelah ,mandi manda di kolam kolam kecil semulajadi .Pelbagai tumbuhan liar,menyerikan suasana persekitaran.

Lokasi
Terletak 26km dari Bandar Seremban melalui jalan raya Seremban ke Kampung Pantai.

Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke Hutan Lipur ini pengujung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari pekan Lenggeng /Mantin/Seremban


HUTAN LIPUR GUNUNG TAMPIN

Hutan Lipur Gunung Tampin terletak dalam Hutan Simpan Tampin ,ia adalah terdiri dari jenis Hutan Dipterokrp Bukit yang kaya dengan pelbagai jenis pokok hutan dan jenis palma. Keunikan hutan lipur ini ialah  keindahan bongkahan batu batan yang membentuk satu landskap semulajadi yang pasti menarik dan menambat hati setiap pengunjung.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti bersiar siar, berkhemah, berjogging dan memerhati hidupan liar.

Beberapa kemudahan disediakan seperti bas atau teksi dari Pekan Tampin.

Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari pekan Tampin


HUTAN LIPUR SERTING ULU

Hutan Lipur Serting Ulu terletak dalam hutan Simpan serting yang memppunyai Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pebagai jenis flora dan fauna. Keunikan hutan lipur ini kerana mempunyai batu batan yang boleh dilihat semasa menyusuri denai hutan.
Pelbaagi kemudahan seperti pondok rehat, gerai makam dan kolam mandi disediakan.

Lokasi:
Terletak 2 km dari Pekan Simpang Pertang melalui Jalan Raa dari Bandar Baru Serting ke Bahau, 30 km dari Pekan Kuala Pilah dan 72 m dari Bandar Seremban

Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunaka kenderaan sendiri atau teks dari Bandar Baru Serting.




Featured post

UNKNOWN

 人生里,限制你发展的往往不是学历和经验, 而是工作圈和社交身边的人。 人生最大的运气不是捡到钱或中大奖,而是那些愿意花时间和精神去指引你和帮助你开拓你的眼界,纠正你的格局,给你正能量和对你诚实的人。