MALAYSIA NEGERI SEMBILAN HUTAN LIPUR JERAM TOI
Hutan Lipur Jeram Toi terletak di Hutan Simpan Berembun yang
meliputi jenis Hutan Dipterokarp Bukit.
Hutan jenis ini begitu kaya dengan pelbagai flora dan fauna.Sungai Toi yang
mengalir melalui bongkah-bongkahan batu besar membentuk beberapa jeram dan
kolam yang sesuai untuk pengunjung bermandi-manda .Beberapa kemudahan asas
seperti surau dan pondok rehat disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Suasana berkabus di sebelah pagi dan senja merupakan sati
ciri istimewa di hutan lipur ini.Air terjun yang bertingkat tingkat turut
mewujudkan suasana tiupan bayuyang dingin.Laluan merentas denai hutan menuju ke
Gunung Telappak Buruk cukup mencabar bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Lokasi: terletak 12km dari Pekan Kuala Klawang melalui jalanraya Kuala Klawang ke Seremban
atau 28 km dari Bandar Seremban.
Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendri atau
pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Kuala Klawang.
HUTAN LIPUR PASIR PANJANG
Hutan Lipur Pasir Panjang terletak di Hutan Simpan Pasir
Panjang dan adalah satu-satunya hutan lipur di Negeri Sembilan yang berada di
persisiran pantai menghadap kea rah Selat Melaka. Hutan Lipur ini didominasi
oleh Hutan Bukit Pantai yang ditumbuhi
dengan komposisi spesies utama dari jenis Balau laut (Shorea glauca) dan
meranti seraya (shorea curtisii) turut menjadikan hutan lipurini sungguh unik
dan menarik.
Beberapa kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat,
tapak perkhemahan dan denai hutan. Bagi yang minat memancing , jeti disediakan
untuk aktiviti ini.
Lokasi :
Terletak 16km dari Pekan Port Dickson melalui jalan raya
dari Port Dickson ke Pasir Panjang atau 54km dari Bandar Seremban.
Bagaimana hendak ke sana :
Untuk sampai ke Hutan Lipur ini pengunjung boleh menggunakan
kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari pekan Port
Dickson.
HUTAN LIPUR LATA KIJANG
Hutan Lipur Lata Kijang terletak dalam Hutan Simpan
Kenabooi.Hutan ini terdiri hutan jenis Dipterokarp Bukit pada ketinggiaan 500
meter. Keunikani hutan lipur ini
terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kenaboi yang menerjah turun
melalui tebing-tebing yang bernatu licin
setinggi 80 meter .Terdapat juga beebrapa buah gua disekeliling gunung ini
seperti Gua Semong dan Hua Harimau , Hutan Lipur ini kaya dengan pebagai
tumbuhan seperti orkid –orkid liar, tumbuhan herba ,paku-pakis dan palma.
Selain hari itu terdapat denai-denai dan laluan –laluan
curam di sekeliling air terjun yang sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti
lasak. Di sepanjang perjalanan , pengunjung boleh meninjau perkampungan Orang
Asli yang masih mengekalkan tradisi dan budaya hidup mereka.
Pelbagai aktiviti
boleh dijalankan di hutan in seperti berkelah, berkhemah ,mandi –manda dan
bersiar –siar.Melalui Huntan Lipur Lata Kijang ini, terdapat satu denai hutan
untuk mendaki puncak Gunung Besar Hantu yang ketinggiannya 1462 meetr iaitu gunung
yang tertinggi di Negeri Sembilan.
Lokasi: terletak 63km dari Kuala Kelawang melalui jalanraya
Kuala Klawang- Seremban atau 100 km dari Bandar Seremban
Bagaimana hendak ke sana ?
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan
kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Klawang.
HUTAN LIPUR DE BANA
Hutan Lipur De Bana terletak di Hutan Simpan Pasoh yang
mempunyai hutan jenis Dipterokarp Pamah.Hutan lipur ini diberi nama Hutan Lipur
De Bana bersempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur ini.
Keistimewaan hutan lipur ini ialah terdapatnya pelbagai tumbuhan termasuk orkid
liar , pokok-pokok herba seperti Tongkat Ali dan kacip Fatimah.Pelbagai
aktiviti boleh dijalanan di sini seperti berkelah, memanjat bukit, merentas
denai, berkhemah serta bersiar siar.
Lokasi:
Terletak 18 km dari Bandar Baru Serting melalui jalanrya
Bahau atau 96km dari Bandar Seremban.
Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan
kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Serting.
HUTAN LIPUR LENGGENG
Hutan Lipur Lenggeng terletak di Hutan Simpan Setul yang
merupakan jenis Dipterokarp Pamah. Keunikan
hutan lipur ini adalah terdapatnya susunan batu batan yang menarik di
persekitarannya dandi sulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari pelbagai jenis.
Kawasan ini sesuai untuk beristirehat , berkelah ,mandi
manda di kolam kolam kecil semulajadi .Pelbagai tumbuhan liar,menyerikan
suasana persekitaran.
Lokasi
Terletak 26km dari Bandar Seremban melalui jalan raya
Seremban ke Kampung Pantai.
Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke Hutan Lipur ini pengujung boleh menggunakan
kenderaan sendiri atau teksi dari pekan Lenggeng /Mantin/Seremban
HUTAN LIPUR GUNUNG TAMPIN
Hutan Lipur Gunung Tampin terletak dalam Hutan Simpan Tampin
,ia adalah terdiri dari jenis Hutan Dipterokrp Bukit yang kaya dengan pelbagai
jenis pokok hutan dan jenis palma. Keunikan hutan lipur ini ialah keindahan bongkahan batu batan yang membentuk
satu landskap semulajadi yang pasti menarik dan menambat hati setiap
pengunjung.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti bersiar
siar, berkhemah, berjogging dan memerhati hidupan liar.
Beberapa kemudahan disediakan seperti bas atau teksi dari
Pekan Tampin.
Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan
kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari pekan
Tampin
HUTAN LIPUR SERTING ULU
Hutan Lipur Serting Ulu terletak dalam hutan Simpan serting
yang memppunyai Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pebagai jenis flora
dan fauna. Keunikan hutan lipur ini kerana mempunyai batu batan yang boleh
dilihat semasa menyusuri denai hutan.
Pelbaagi kemudahan seperti pondok rehat, gerai makam dan
kolam mandi disediakan.
Lokasi:
Terletak 2 km dari Pekan Simpang Pertang melalui Jalan Raa
dari Bandar Baru Serting ke Bahau, 30 km dari Pekan Kuala Pilah dan 72 m dari
Bandar Seremban
Bagaimana hendak ke sana:
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunaka
kenderaan sendiri atau teks dari Bandar Baru Serting.
No comments:
Post a Comment